Pemandangan sekitar bulatan utama bandaraya HCM city[ hotel penginapan kami
Tan Hai Long hotel]

Pekerja pendawaian di hotel THL HCM City.

Mr Long Chief Cooking bersama anak dan isteri berkunjung Malaysia membawa
rombongan dari Vietnam beliau kagum dengan kehebatan pembangunan negara
kita.Photo Loby Radius Hotel Jln Changkat B.Bintang kl.( 2hbJuly - 5hb july 09 )
Thanks Mr long....
- Click here for funny video clips




Sulaiman Halal Food di HCM City.

Restoran kami untuk makan tengahari Sulaiman Halal Food_Terkenal bagi pelancung berugama islam terutamanya dari malaysia.

Pasar malam di HCM City_lebih kurang dengan Uptown jika di Malaysia atau pasar malam di Malaysia.

Binhtay Market HCM _ sama dengan Arked Ibukota K.Lumpur.

Apabila petang bulatan ini menjadi sesak disebabkan laluan ini menjadi laluan kereta kereta sorong untuk ke Pasar malam di Benh Thanh Market
The World merupakan hotel yang paling terkenal di Kotaraua Ho Chi Minh
Penerbangan dengan pesawat MAS MH 750 selamat sampat di air port HCM.
Bebanan begini memang kebiasaan di Bandaraya HCM ini,cuba lihat adakah kah kotak yang berisi mesin pencetak ini di ikat?
Vanessa May merupakan pemain Violin terkemuka dan terkenal di peringkat antarabangsa beliau adala rakyat vietnam.
Ho Chi Minh dari udara
Di Dalam pesawat Mas MH 750
Sekitar bandaraya Ho Chi Minh petang 15hb jun2009
Taman hijau di tengah Bandaraya HCM City menjadi tempat reakreasi penduduk sekitar bila petang dan pagi.
Wayar letrik/talipon serta bebanan yang di bawa olih beca roda tiga ini.
Sebuah cafe terdapat di HCM City
masjid yang terdapat di tengah kota Ho Chi Minh
deposit untuk sebuah motosikal di Vietnam 1 USD = 17,000 Dong
Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama KembojaSaigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh. sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai
Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negara, Hanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Indochina.Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.
8888888888888888888888888888888888888888888888
Muzium Perang Vietnam
Di bandaraya ini terdapat beberapa muzium iaitu Muzium Bandaraya Ho Chi Minh, Muzium Sejarah Vietnam dan Muzium yang berkaitan sejarah moden iaitu muzium revolusioner(Bao tang Cach mang) dan Muzium Kesan-kesan Perang(Bandaraya Ho Chi Minh). Zoo Saigon dan Taman Botani[cabang biologi yang berkaitan dengan kehidupan tumbuh-tumbuhan] telah ditubuhkan sejak 1865. -- Wikipedia


888888888888888888888888888888888888888888888
Terowong Chu Chi atau Chu Chi Tunnel

photo sekitar terowong chu chi.
Selepas sarapan kami dibawa terus menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh. Terowong tersebut sepanjang 210 km yang digunakan sebagai kubu semasa perang Vietnam dahulu.



8888888888888888888888888888888888888
Sungai Mekong
Hari kedua kami di bawa untuk melawat sejarah Sg Mekong,dari HCM perjalanan mengambil masa 1.30minit untuk ke terminal boat Sg Mekong,perjalanan melalui lebuhraya 5 lorong sehala 2 lorong untuk laluan motosikal dan 3 kereta.Sampai di terminal boat,boat telah tersedia dan di kenakan tip sebanyak 2 usd sebuah boat,di sini sedikit maklumat mengenai sungai mekong.
Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong.
Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan sangat sukar untuk dimudiki.
Asal Nama
Hulu sungai
Catatan tradisional China menyatakan hulu Sungai Mekong terletak di negara Tibet yang dipanggil Daza Chu. Di negara Laos, hulu sungai Mekong terletak di Sungai Ruak, di segi tiga emas.
Sungai Mekong membahagikan negara Laos dan Thailand.
Di Kemboja, sungai ini dipanggil Tonle Thom (sungai besar). Sungai ini betul-betul di atas Phnom Penh, iaitu kuala Tasik Tonle Sap. Mengalir ke selatan dan membentuk Delta Mekong di Vietnam.
Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggilnya Sungai Me kong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'. Terbahagi kepada dua cawangan sungai iaitu Tien Giang dan Hau Giang.
Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali pesawah padi. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.
Sejarah
Catatan sejarah menunjukkan telah wujud petempatan di Ban Chiang sejak zaman logam iaitu 2100 SM. Tamadun budaya Indian-Khmer wujud di Funan dekat tebing Sungai Mekong.
Satu kajian arkeologi di Oc Eo, berdekatan An Gaing menemui kepingan syiling dari Empayar Rom. Empayar Khmer wujud sejak abad ke-5 dan Angkor Wat menjadi bukti terbesar kewujudannya.
Penjelajah Eropah yang mula sampai ialah Antonio de Faria dari Portugis pada 1540 Masihi. Peta tahun 1563 yang dilukis menunjukan Sungai Mekong menjadi delta di muara sungai. Sepanyol dan Portugis menjalankan misi agama Kristian dan perdagangan. Kemudian orang Belanda diketuai oleh Gerrit van Wuysthoff mudik di Sungai Mekong hingga ke Vientiane, Laos pada 1641-1642.
Photo kami sekitar lawatan ke Sg Mekong





Terminal Boat Sg Mekong










